Teori ekonomi Islam pandangan Ibn Khaldun

PMII CABANG KOTA SALATIGA | 12:18 AM | 1 komentar

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin
Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H
Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di
Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara
semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam
pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan,
falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu
Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.
Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana
buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya,
sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil
karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya
masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.
Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti
keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation),
dan fairness.
Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa
keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila
keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.
Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau
harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta
orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu
terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang
berlawanan dengan Islam.
Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi
kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau
lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah
termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul.
Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan
keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab
tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.
Manusia dan Ekonomi
Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn
Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn
Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya
seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap
manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan
pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat.
Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki
dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
Teori Pengeluaran
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa
menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.
Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama
masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam
proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh
perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat
perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar
masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh
orang yang mahir dan cekap.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian
tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa
teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang
dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga
mengemukakan teori yang sama.
Teori Nilai, Wang dan Harga
Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value)
dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah
bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam
proses pengeluaran.
"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan
modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan
keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.
Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji
atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada
masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu
sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.
Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh
yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas
kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh
mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.
Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara
harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu

Category :

About PMII Salatiga :
Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia Situs Resmi PMII Cabang Kota Salatiga, Berjuang Untuk Rakyat.

1 comment :